Rabiatul Adawiyah


 Siapakah Rabiatul Adawiyah?

Rabiatul Adawiyah atau dikenal juga dengan nama Rabiah Basri merupakan seorang wanita sufi yang sangat terkenal akan kesucian hatinya dan ketakwaan serta cintanya kepada Allah SWT. Beliau berasal dari salah satu suku arab yang bernama Al-Atik iaitu pecahan dari suku Qays bin ‘Adi dan suku ini terkenal dengan nama Al-Qaysyah.

Lahirnya Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah dilahirkan kira-kira pada tahun 713-717 M atau bersamaan dengan 95-99 Hijrah dan bertempat di sebuah kota di Irak iaitu kota Basrah. Beliau merupakan anak yang ke-4 dari 4 bersaudara oleh sebab itu beliau dinamakan Rabiah yang maksudnya adalah “yang ke-4”. Beliau dilahikan dari sebuah keluarga yang sangat miskin. Beliau mempunyai seorang bapa yang bernama Ismail. Pada waktu menjelang kelahiran Rabiah, disebabkan terlalu teruknya ekonomi keluarga Ismail pada saat itu mereka tidak mampu untuk membeli lampu sebagai penerangan sewaktu melahirkan, dan Rabiah dilahirkan dalam keadaan gelap gulita di malam hari. 

Setelah lahirnya Rabiah, beberapa hari kemudian Ismail bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW. Di dalam mimpinya itu Rasulullah SAW berkata kepadanya supaya tidak perlu bersedih kerana kelak suatu hari Rabiah akan menjadi seorang wanita yang mulia di sisi Allah SWT dan akan banyak orang yang mengharapkan syafaat darinya.

Kisah Pendek Kehidupan Rabiatul Adawiyah

Rabiatul Adawiyah pada masa kecilnya merupakan seorang anak yang cerdas dan sangat taat akan peraturan-peraturan agama Islam. Ibu dan bapanya meninggal dunia pada saat usianya masih kecil, dan hiduplah Rabiah bersama tiga orang saudaranya sebagai yatim piatu. Ibu bapanya hanya meninggalkan sebuah perahu kepada mereka dan Rabiah menggunanya untuk mencari nafkah. Selain itu Rabiah juga bekerja sebagai penarik perahu bagi orang-orang yang mau menyeberang sungai. Tiga saudaranya yang lain bekerja sebagai penenun kain dan pemintal benang di rumah.

Pada suatu saat, kota Basrah sedang dilanda berbagai macam bencana alam serta kekeringan yang membuatkan terjadinya kemarau yang sangat panjang. Disebabkan oleh itu Rabiah Bersama tiga saudaranya memutuskan untuk berpindah ke kota untuk mencari nafkah disana. Akan tetapi, Rabiah berpisah dengan dengan saudaranya dan hiduplah beliau seorang diri. 

Beberapa hari berikutnya datang sekelompok penyamun menculik Rabiah dan dijual sebagai seorang hamba. Lalu datanglah seorang pedagang membelinya dengan harga 6 dirham. Di usia remaja Rabiah telah kehilangan hak kemerdekaannya dan menjadi hamba yang diperjual-belikan dari seorang tuan ke tuan yang lainnya.

Disebabkan masih muda, cantik dan berbagai macam kelebihan lain yang dimiliki olehnya menjadikan beliau sangat laku diantara hamba-hamba yang lainnya. Beliau mempunyai kelebihan menyanyi dan menari dan disebabkan oleh kelebihan tersebut beliau diundang menjadi penyanyi dan juga penari di sebuah istana Daulah Bani Abbasiyah yang terletak di Baghdad. Namun dengan berbgai maçam kesibukan yang beliau lakukan sehari-hari beliau tidak melupakan akan suatu perkara. Suatu perkara yang tidak henti-henti beliau lakukan iaitu bermunajat kepada Allah SWT dan memohon pertolongan dari-Nya agar beliau diberikan kemerdekaan suatu hari nanti. Beliau bernazar sekiranya suatu saat beliau dimerdekakan dari menjadi seorang hamba, beliau tidak akan pernah untuk berhenti beribadah kepada Sang Penciptanya.

 Terjadilah pada suatu saat ketika beliau sedang melaksanakan solat malam, majikannya terkejut melihat adanya sebuah cahaya yang terang diatas kepala beliau dan cahaya itu sangat terang sehingga menerangi seluruh isi di rumah tersebut. Melihat kejadian itu membuat majikannya merasa takut sehingga pada esok harinya dia membebaskan Rabiah dan akhirnya Rabiah merdeka dari seorang hamba. Sebelum Rabiah pergi untuk meninggalkan rumah majikannya beliau diberi tawaran oleh majikannya untuk tinggal di Basrah dan dia akan menanggung segala keperluannya. Namun kezuhudan beliau dalam kehidupan dunia ini membuat dirinya menolak tawaran tersebut dan memilih untuk melaksanakan apa yang telah dinazar olehnya iaitu mengabdikan hidupnya untuk terus beribadah kepada Allah SWT.

Setelah dibebaskan, Rabiah melanjutkan perjalanan hidupnya untuk mengembara di hamparan padang pasir yang sangat luas. Tidak lama setelah beliau mengembara, beliau menumakan tempat tinggal yang tetap disana dan di tempat itulah beliau menghabiskan waktunya dengan beribadah dan bermunajat kepada Allah SWT. Beliau juga mendirikan sebuah perkumpulan majlis ilmu dan tidak sedikit yang datang berkunjung untuk berguru dengannya. Rabiah sangat terkenal diseluruh pelosok negeri akan kecerdasan dan ketaatan beliau kepada Allah SWT sehingga beliau banyak sekali menerima undangan lamaran untuk menikan. Namun kecintaan beliau kepada Allah SWT membuatkannya takut dan ragu untuk menikah. Ragu seandainya beliau tidak dapat berlaku adil terhadap suami dan anak-anaknya disebabkan seluruh cinta dan perhatiannya telah beliau curahkan kepada Allah SWT. Tidak ada satu pun nama yang terlintas di hatinya melainkan disana hanya terdapat nama penciptanya iaitu Allah SWT.

Wafatnya Rabiatul Adawiyah

Setelah pulang dari melaksanakan haji di Mekah, Rabiah terkena serangan penyakit yang membuatkan kesihatannya menurun. Beliau pada saat itu tinggal bersama sahabatnya yang bernama Abdah binti Abi Shawwal menemaninya hinggalah di akhir hayat beliau. Menjelang kewafatannya, ramai sekali orang sholeh yang hendak mendampinginya namun ditolak oleh Rabiah kerana tidak mahu untuk menyusahkan mereka. Beliau wafat pada usia 83 tahun dan bertepatan pada tahun 801 M atau pada 185 Hijrah. Rabiah akhirnya dimakamkan di kota Bashrah yang terletak di negara Irak.

https://akumuslim.asia/rabiatul-adawiyah/

Posting Komentar

Lebih baru Lebih lama

Formulir Kontak